Followers

Isnin, 26 April 2010

Petanda Kiamat Sudah Hampir



Allah hu akbar, allah hu akbar, allah hu akbar

pagi tadi mama termenung panjang bila dapat email dari kuliyah kat opis. Terlalu hampir dah penghujung dunia.

- kadang-kadang terfikir apakah dosa-dosa mama dah diampun allah?
- adakah mama telah berjaya mendidik anak-anak mama menjadi anak-anak soleh dan solihah.
- adakah dosa-dosa mama diampuni suami tercinta?

pada saat ini terasa sayu sangat..dimana layaknya mama disisi allah.

"YA ALLAH ...AMPUNILAH DOSA-DOSA HAMBA MU YG HINA INI"

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Tiada ulasan: