Followers

Rabu, 14 September 2011

AIDIL FITRI OPEN HOUSE

Mama nak cerita lah semalam opis mama wat open house biasa lah kat KDRP. seronok lah kan jumpe isteri-isteri kawan-kwan opis.

Tapi taun ni duit raya hanya diberikan pada kanak-kanak bawah 12 tahun so sara sorang jew lah dapat duit raya. Selain duit raya dia org bagi door gift. Tapi semua tak penting lah..yg penting dapat sama2 gan kawan-kawan.kan

Family mama kami berempat jew..khalis sah-sah tak dtg , qistina malas lah mama nak ambik just nak makan-makan tuh..

Layan lah diri tgk pic-pic ye....

Selasa, 13 September 2011

NAK KE TAK NAK...NAK? TAK NAK?

pernah ada perasaan ni tak? mama dilanda perasaan ni lah dari sebelum raya sampai lah dah raya..hik2

kalau nak kang tak terjaga..tapi hati nak
nak wat guane tuh???

tentu u all hairan kan ape cerita mama mengarut hari ni....sebenarnya mama berbelah bagi sama ada nak ambik anak-anak kucing dari umah wan ma ke tidak...kalau nak kene ambik gan ibu sekali...dah lah tuh anak dia 5 ekor.

masa tuh Fify belum ada lag....tap tiba-tiba kamal wat balik fify..cute lak tuh perangai fify. tuh yg mama jadi dok dlm dilema ni...


tap akhirnya mama ambik jugak lah..kasihan dan sayang tgk muta2 cute bb kucing tuh..hik2

Sabtu, 10 September 2011

Open House Semi punye

tak percaya???? hahahha mama pun tak percaya ....iyelah kan dah 6 tahun dok kertih mana pernah jemput org datang umah mama. But not this year...

Teringat mama pada kawan mama Cik nor..iye yg empunye blog secubit garam tuh..dia nak dtg umah mama tapi mama tak kasi...terukkan..tau adat melayu mana leh wat gitu but mama tak ready nak terima tamu pada masa tuh sbb umah terllau kecik ...mama tak ada masa langsung nak kemas. Masa tuh mama betul2 jadi driver.

taun ni untuk kali pertama mama masak untuk kawan-kawan opis mama. Tak ramai pun mama jemput Hanim ngan suami dan kak long, sue ngan anak sedara, kak eta and the family termasuk mak dan kakak dia sekali.

Selasa, 6 September 2011

NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA



selamat hari raya semua yang ikuti blog mama. Maaf zahir dan batin.

1st raya mama raya kat kertih sbb baba kerja.tap bukan sepanjang hari kat kerteh. sebelah petang kami dah gi berkumpul umah mak long...ciksu pun raya sana.
seperti taun yang sudah2 sesi bergambar wajib..hik2 cuma this year ma not in the mood nak bergambar sbb gemuk!!!!

kami gi raya umah pok ( adik lelaki mama..one the only one) pastu gi umah mak angkat mama. tuh jew pastu kami bantai tido dan makan...hik2

kami kat kertih sampai raya ke 4..lepas tuh raya di shah alam lah. Ingat kami je kat shah alam.. rupanya abang mel ada...seronok lah gak raya ni.
Kami sampai umah atuk wan kul 12mlm ....atuk wan baru jew tido..uncle mel ada tap bangun untuk bukak pintu untuk kami.

Esoknya atuk wan terkejut tgk kami...hik2
lepas beraya sesisi umah kami gi umah paklong (abg atuk) seperti taun sudah2 tok long akan bercerita...iyelah untuk ingatan dan pengajaran pada generasi baru.
tap mama, tina gan erissa tido....hik2 memang kurang asam kan..

SEMUA DAH READY NAK BERSALAM GAN ATUK DAN WAN..ALWAYS THIS TIME HATI RASA SAYU


ATUK SETIAP TAUN AKAN BERI NASIHAT PADA SEMUA..SETIAP NAMA DI BERI NASIHAT DAN DIPANGGIL...


sara show off kat fify angpaw dia..hik2

time to enjoy!!!!

Lepas tuh kami g ziarah kubur atuk baba, nenek baba, anak sedara dan mak sedara baba ( busu)..lepas tuh kami ke umah pak busu. kebetulan along anak pak long ada umah so kami beraya lah kat situ..

sabtunya kami bali lah ke kertih....penat dan tak puas raya or balik kg baba tap tuh lah semua dah mula kerja dan sekolah

Ahad, 28 Ogos 2011

SIAP AKHIR NYA


"mama kita raya mana?" anak-anak mama tanya.

" kita raya kertih taun ni"

" what?? umah kertih ni mana leh raya mama" kata qistina

" Its ok ada org datang kita jamu jew, mama masak mcm biasa. petang kita gi kubur KI (panggilan untuk ayah mana)pastu kita raya kata dungun jab. Tgk mcmana kalau rajin kita gi lag K Trg. kalau malas kit abalik jew Kertih"

Memang lah terkejut dia org dari dia org baby sampai dia org besar dah ni, ni lah baru pertama kali kami beraya kat kertih. dah lah umah mcm stor. Tap dah kemas lah sikit..

banyak kali dan acap kali dia org tanya sampai lah smlm...kasihan kan kat kami asyik pindah randah tuh jadi gitu tuh.

Hari Jumaat gan Sabtu kami ada di Kuantan. Kalau ikut hati memang tak nak balik..yelah nak kemas ape yg patut lah kat kertih kan..tapi ada lag barang-barang belum siap dibeli. But this time mama angkut mesin jahit mama sbb nak jahit langsir lah.

Kat kuantan sempat lah siap daycurtain alhamdullilah. Tapi main langsir belum digunting. Qistina dah panic " mama sempat ke ni??" sempat dont worried....:)

sampai kertih jam 1130am..dah habis kuar kan barang-barang dari AVANZA mama pun bertugas lah..lagipun mata belum mengantuk.

dari mengunting hingga lah gantung segala-segala disliding door jam tunjuk kul 4:30am.
Alhamdullillah siap semua!!!....

Selasa, 23 Ogos 2011

SPRING CLEANING!!!

MAU semput di buatnya..umah kene kemas kene kemas sbb taun ni mama berapa di kertih.
kan dah cakap umah kertih ni umah kerja aje dan umah di kuantan umah singgah so kedua-dua rumah mama tak hias mana. Umah kertih lag teruk sbb gan tak ada perabut lengkapnya gan masa so limited ( alasan org malas..muhahhaha)

but its have to start somewhere kan..sampai bila...
dah mula dah sikit2 stil kene kemas dan kemas lag sampai puas hati.

nanti mama letak pic umah mama kat kertih yg beselerak tuh...mama bukan pandai kemas pun...kalau nak cantik betul keme panggil ERIC HOME DECO ni.

Ahad, 14 Ogos 2011

RAMADHAN KE 12 dan 13

tau hari dah ramadhan ke 14, mama nak cerita ramadahan ke 12 dan 13 mama balik Shah Alam

sampai aje muka pintu daddy dan senyum lebar sbb lama sungguh kami tak balik kg. Masa tuh daddy tgh siram bunge..daddy ape lag kerja dia tak kira puasa ke tak dia memang suka berkebun.

pastu mummy kuar..hahahah yg ni best " mimpi ape u balik ni??" kuang-kuang ulah sapa suruh tak balik sangat..dah lah tak balik call pun tidak.

mama sampai shah alam jam 11am hari jumaat.

Selasa, 9 Ogos 2011

Ramadhan ke 9

sekejab je dah 9 hari..times run so fast....kan..kan

mama nak cerita pasal semalam..semalam mama ada majlis berbuka puasa kat Kelab Rantau Petronas. Majlis Opis lah kan..mama ni mana ada lain2 mama bukan lah org besar-besaran cuma badan jew besor! hik2

Seperti biasa mama masak lu untuk sapa-sapa ada kat umah. ala masak simple-simple.
Bulan puasa mana leh makan byk-byk..kannnnnnn
Dan seperti biasa juga body guard mama NUR QAISARA..dimana ada mama di situ sara. dimana ada SARA belum tentu mama ada.. iye lah majlis2 kat sekolah mana semua mama leh attand..kan hik2

mama dok semejalah kan YANI,SU, MALA, SARA DAN MAS...makanan mama ambik sikit jew. cuma air mama ambik byk...iye tau gemuk air..tau tuh..hahahhaa

lepas makan kami solat maghrib kat KGP (KDRP) pastu balik nak gi terawih lah pulak...alhamdulilah mama dah 2 hari wat 20 ....

azam baru nak solat jemaah subuh...belum lag dapat ni..

Isnin, 1 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Hari ni 1st day ramadhan,umah mama yg puasa sara gan kamal.Baba kat Miri. Qistina kat asrama dan Khalis kat MSU.

For 1st day sahur ni macam biasa cereal gan susu. Mama kejut semua kul 5am. Lewat?? tak lah kan ikut sunnah tuh lag lewat bersahur lag byk pahala. Bila lag nak rebut pahala kan...

ni can cerita kisah semalam..wah selama 2 tahun mama berpindah umah baru mama x kemas pun umah kat Kertih ni. Entah kenapa mama taka de mood nak buat. But no this time mama kemas dan deco umah...dari mcm stor kepada elok sikit dari stor..hik2
yelah nak deco tahap melampau kan umah sewa...(alasan)

Tapi sedihnya kaki mama di timpa tukul waktu mengemas tuh....adoi sakit wei tuhan aje yang tau. Lebam gak lah kaki mama.

Ahad, 31 Julai 2011

ANNUAL DINNER 2011

Tahun ni company wat diner kat Primula Beach Resort.Tema malam tuh batik..as usual 3hari 2 mlm kami berkampung di Primula.
Artis Adila gan MC Along gan Angah.






Enjoy gak lah malam tuh cuma makanan tak berapa best. Mama x banyak dapat hadiah sbb mama ni bulan aktif staff cuma mama dapat 1st place THE BEST DRESS dan Sara dapat hadiah gak sbb kumpulan dia dapat no 2.



Pada mlm tuh kami menyambut bdat SAY HUAT jugak...ta[i majlis ni dibuat secara mengejut oleh Charisma..



esoknya kami semua main sukan most of it sukan berkeluarga...sara pun join gak....tina?? kamal??? tido lah..mana lag...

Khamis, 28 Julai 2011

TAMAN NEGARA

NI CERITA dah lama , cerita cuti sekolah tapi kemalasan mama plus kesibukan buat dah after day terdelay nak upload cerita.

Kali ni kami bercuti dlm hutan...iyelah kalau nak ikut Malaysia ni kami dah jajah semua bandar so its time cuba bercuti di taman negara tasik cini tasik kenyir ( hik2 mama gi dulu).

As usual kami mesti tido kuantan lu to cut the journey so org kata tak lah tergopoh gapah bila terlewat nanti. Its is our 1st time to Taman Negara dah tertinggal pulak GPS mujur lah ada GPS kat baba punye hp. Kat Taman Negara kami ambik pakej dlm RM 1500.

Pengalaman pertaman ni seronok lah jugak tenang aje kat sana. Tapi cuma sedih tak ade pun serangga or binatang liar yang kami nampak. Tapi dapat lah lawat perumahan orang asli yang dah tak berapa asli..hik2

jom tgk pic2 yang sempat mama ambik









Ahad, 24 Julai 2011

KENYIR LAKE RESORT AND SPA

This my 1st trip to kenyir!!! seronok. keindahan alam semulajadi. Selalu tuh percutian mama tanah tinggi or laut. Kali ni tasik....lain sangat.
Cuma bezanya mama bercuti gan kawan-kawan (company trip)...hmm..entah tau depan masih ada peluang tak mama.

ok jangans edih-sedih life must go on...layan pic ei




NI MASA BERKUMPUL SEBELUM BERTOLAK KE KENYIR



NI MINA HB ANA....NI SALAH SATU AKTIVITI MASA KAT KENYIR





NI BUNGA MELUR MAMA SNAP KAT TAMAN HERBA.

Masa kat taman herba ni kawan2 lain gi minum air tongkat ali dan kacip fatimah, mama biasalah takut nak minum air2 gitu dan rugi lah kan kalau tak ambik pic-pic alam yang ada sekeliling.





Selasa, 12 Julai 2011

FAMILY DAY AND ANNUAL DINNER.
Kali ni annual diner wat kat Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.Mama gi gan kamalnqistina dan qaisara jew. Kami ditempatkan disuite.Macam

Isnin, 27 Jun 2011

GATHERING KPK

Mula-mula mama perkenalkan dululah ape itu KPK..KELAB PANTUN KELAKAU. IANYA DIA TUBUHKAN DI FB lah oleh brader pyan. Iye Brader pyan jurugambar professional tuh....

ahli nya kebanyakan kawan-kawan si mat soni..dan most of them juru gambar. tapi yg benar-benar teror Gubeso gan Pyan jew.

Gathering ni bertujuan merapatkan hubungan tap ramai yg tak leh datang. kalau ikut hati mama dah tak nak gi> tapi kenangkan kawan dari sabah datang. Gi lah jugak.

Agenda bermula dari jam 9 pagi kat taman rama-rama KL. Di sbb kan hanya 4 org je yg ada so pagi2 hanya 3 lah yg attend. Rama-rama kat taman rama2 ni tak secantik kat Cameron.



NI TAO SAHABAT KAMI DARI SABAH...NAMA SEBENAR DIA SABARUDDIN




NI PIC KAMI RAMAI...GUBESA,TAO,SONI DAN MAMA



LAYAN LAH YE PIC DI TAMAN RAMA-RAMA

Isnin, 13 Jun 2011

Pirates of Caribians



biasalah mama pun nak enjoy gak...kali ni mama enjoy gan naida dan sara. Sepatutnya Ayub ada gak but biasalah kan bos. ada je acara tergempar.Janji tiket dia yg bayar..hahhaha

mula-mula nak tgk NUR KASIH..tapi movie mula kul 720pm...
Marah betul cerita melayu berunsur agama ditayang di kertih yg mejoriti melayu. tayang waktu maghrib..ngee3

mayb pada setengah org perkara ni small matter, but dari sini kita leh tgk management ambik berat tak hal2 agama. ish2

Khamis, 26 Mei 2011

HSE DAY CELEBRATION

Assalamualaikum....sihat ka?

mama nak cerita ni pada tanggal 18hb Mei 2011 ( mcm nak cerita hikayat hangtuah jew ..hahaha) KTSB sambut hari HSE. KTSB tuh tempat mama kerja lah tak kan tau-tau lag. hikhik.

Pada tahun lepas mama gan salina jadi photographer tap taun ni company mama upah photographer luar...agaknya sbb kami terlalu mahal untuk di bayar kannnnn..al maklum lah photographer "professional".

Tapi mama aktif gak lah taun ni masuk kuiz, masuk draw,losse and win menag tau. hahaha sbb dlm group kalau mama sowang-sowang wase tak masuk pun. hik..hik
Jangan lupa mama kan pemalu..kah2

Pastu KTSb wat gak pertandingan poster dan photo. betul lah tuh memang tak syak lag mama memang join. dan menang! no???? last!!!
tak menang lah. Rasa2 photo mana lari tajuk kot begitu jugak gan poster. Terlalu kreatif lah katakan..

layan lah photo2 ni...







Isnin, 23 Mei 2011

BERABUK BERSAWANG

Assalamualaikum.....ya allah kenapa ni...lamanya mama tak update blog. Banyaknya cerita nak di cerita kan...
ala nak mula dari mana ni?????????


ok-ok bermula dari lepas mama balik Umrah..mama gi Shah Alam. Tap tak balik umah..hahhaa heran ei??? no lah saje suka2 kan duit byk! hahahhah Mama dok hotel Quality ala bukan mahal pun.

Psst sebenornya kalau dok hotel ni senang nak kuor masuk tak yah report kat atuk wan..hik2 nakal? memang lah nakal but sesekali oklah kan. mama pun nak privacy gak..mama moden katakan.

biasalah mama bertolak habis kerja hari khamis, check in jumaat layan sang puteri's dan sang putera's....satu hari. sang puteri yang sorang ni cerewet gila! adoi mak penat mama dia buatnya.

Tiba hari sabtu, actualy mama dah janji gan nana dan intan (geng sony) nak gathering dan ambik pic's....hujan lah pulak...

kami jumpe kat Mcd Sec 2..having Bfast + lunch sebab ape mama cakap combination meal cos mama order banyak! ni semua sebab si intan payung gunung ledang tuh. janji kul 9am kul 10pm baru sampai....peyut mama bukan main lagu keroncong dah tap lagu hip hop dah...

Pot kami berposing iyalah di Taman Tasik Shah Alam...ehem2 depan umah jew...kalau lah atuk wan nampak..harus kene rotan ni.
Kami tak kira hujan renyai2 ke tepat posing. Apa lagi gan intan dia tau je post menarik. mama pun tak kisah lah gan badan gendut memposing kan diri gak le...muhahha

pic nanti ei sbb ada problem kat yahoo mail.

Rabu, 6 April 2011

THE BEST TRIP EVER part 3

sorry-sorry mama take too long nak sambung, almaklumlah mama bz sikit..plus badan tak sihat ...ok-ok mama cerita ei

kami sampai di madinah tengahmalam, sampai je,nampak je Masjid Nabawi mama terus menangis. Rasa bukan mama aje satu bus menangis. Mama dlm pejalanan lag dah nangis. Tangisan bercampur baur..happy ade sedih ade. Tapi yg pasti mama tak percaya mama menjadi tetamu allah. walaupun ibadah umrah sahaja..but its not as easy as most people think...:)

kami kat ,madinah 3 hari jew...tak cukup rasa tap tak apelah..isyallah mama datang lag...doa-doa kan mama ye!

Jumaat, 25 Mac 2011

THE BEST TRIP EVER PART 2

KITA SAMBUNG cerita ei..... penerbangan mama KLIA - DOHA, DOHA- JEDDAH, dari jeddah kami naik bus ke Madinah.

Memang penat tapi mama dari jam 7am KLIA sampai lah ke Madinah tak silap mama kumpul masa dlm 15 jam , mama tak tido2. Kami solat jamak takhir kat Jeddah Airport







dalam perjalanan ke madinah kami singgah di masjid bulat, mama dah lupa ape nama masjid tuh. Tapi mengikut penerangan masjid ini di bina oleh saudagar ayam yang sangat2 kaya...memang bentuknya bulat. Di sini kami jamak takhir maghrin isyak, dinner..mama suka suasana kat situ sbb sejuk!



THE BEST TRIP EVER part 1

10hb Mac 2011.....akhirnya kami terbang ke destinasi yang dah lama kami idam-idam kan.
nak kata tak rancang pun ye , di rancang pun ye..cuma allah menpercepatkan percutian kami.



setiap minggu kami hadiri kuliah di masjid jamek chukai kemaman. setiap kali ke sana hati mama risau iyalah di fikiran ragu2 akan pemergian ini. Hati gembira tak terhingga bercampur kerisauan akan dosa-dosa yang ada. Adakah mama di terima.





Dugaan mama bermula dari mula semasa mama nak wat pastpord lag..Mak long gan Ciksu mudah aje...mama paling lambat siap.

Pastu mama dapat jadual penerbangan,rasa nak pitam bila dapat tau kami landed Mekah dulu. Adoi takutnya...mana tidak kami kene pakai ihram dlm flight dan niat dlm flight.
Its means kami berada dalam rukun ihram lama...risau nyaaaaaaaaaaa...disebabkan terlalu memikirkan hal ni mama jatuh sakit. demam batuk sakit kepala bertambah teruk.
3 hari sebelum tarikh kami diminta berkumpul di masjid kat Nirwana alangkah leganya mama bila dapat tau kami ditukar destinasi..kami landed kat Madinah . Alhamdullilah!

8hb Mac 2011, mama jumpe tina kat asrama pastu kami tido umah Pok. Esoknya sebelum dia org gi sekolah Fahmin azan dulu. lepas bersalaman abang longambik kami untk ke KLIA. Sedih masa tuh iyelah keluarga mama seorg pun tak ade. Baba alasan kerja. Sara kamal nak ikut tapi sekolah. Baba tak kasi ponteng. Tina exam week. Biar pun sedih mama kuat kan semangat. Ini semua dugaan Allah..ujian terhadap kekuatan iman mama.





9hb Mac 2011, kami tiba Shah Alam around 1230pm...terus g Carefour Exstra sebab nak jumpe Khalis. Tak sempat nak lunch gan khalis sbb dia ade kelas( exam). but lega dapat jumpe semua anak-anak mama. Kalau di takdir kan mama tak balik ke Malysia dah pun..mama aman.

Biasalah mama kan...bab2 jiwang memang kalah cerita hindustan. Tapi liku-liku hidup mama wat mama susah nak mengalir air mata. Kalau sedih mcm mana pun only crying in my heart....:(

Lepas jumpe Khalis , maklong nak gi Plaza Massala. Lunch kat situ, mama tukar duit sikit. Terus balik ke Concorde INN KLIA.

Dinner pakwe ciksu yg belanja..Lepas dinner mama terus balik bilik..mak long teman kan sbb ciksu dating entah kul berapa balik. Mama solat taubat gan hajat terus tido. Iye lah kan esok nak bangun awal..kene ada di KLIA jam 8am.





Masa di terminak tak rasa takut sangat sbb kak midah gan husband ada kat sana. Tambahlak staff Rayhar pun ade. Ramah tamah dia org so kalau nak tanya tak le rasa segan.





Selasa, 1 Mac 2011

INNALILAH

Selama 6 tahun tak pernah ada khabar berita. Kami seolah-olah tak ade hubungan persaudaraan. Tapi hakikatnya masih tebal talian darah antara kami. Tak ade jawaban kenapa kami terputus hubungan.

Alasan biasa bagi pihak mama, rasa kami tak diwujud dan kesibukan masa....:(

tapi bila dapat berita kau telah pergi buat selamanya. Mama dapat berita around jam 1230pm hari jumaat. Masa kami sampai d Cabang Tiga dah jam 3pm sudah semesti nya jenazah dah dikebumikan. Dapat lah kami bertemu muka gan sepupu sepapat.
Long Wan Sahanah mak sedara yang ketiga kami rapat kini telah pergi buat selamanya.

Isnin, 21 Februari 2011

dah tak tertanggung


hmm... entahlah rasa nak tulis ni. Mama rasa dah tak tertanggung gan masalah ni. Mama tau berdosa mama mengeluh tapi mama dah tak tahan....

keseluruhan badan mama sakit-sakit. Nak duduk sakit. nak jalan sakit. Lemah sungguh badan mama. selera makan makin kurang tap berat mama makin naik. kenapa??

tulang-tulang mama rasa mcm nak patah. Mama dah tak aktif macam dulu.
Mama nak jadi mcm dulu balik. Leh drive sampai 13 jam non stop. Leh wat kerja tanpa mengeluh. Happy mcm dulu.

But i dont know how nak buat diri mama ni sihat balik....:)

Nak g aerobik balik mama segan dgn bentuk badan dah mcm ape ni. Mama try ignore what people said but now days im not as strong as before. Everything just drop like that.

Ahad, 20 Februari 2011

Tired

Hairan mama lately ni mama letih sangat-sangat. mama tak tau ape punca.
kadang-kadang nak solat malas...terutama isyak.

Ke mama nak kene kencing manis??? Allah jauhilah penyakit ini dari mama.




Semalam dah mula jogging gan k yah. Tapi tak ade berubahan lag. mayb bari wat sekali kot.

Isnin, 14 Februari 2011

E BOOK

amboi sara...kul 6am dah bangun! bukan main happy lag. Sara g gan baba kali ni. Sbb baba off..lag pun cuti mama hanya tinggal 9 hari...

Seronok tgk sara, dia ni memang lah anak kecil..hahahha

Tina dapat tau sara dapat lappy dia cakap leh lah tina mintak gan baba lappy...leh tuntut janji katanya..hahahhaha...

Ahad, 13 Februari 2011

suami isteri



Untuk suami.. renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya…
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya…
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk isteri pula...renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Pun tidak setabah Ayyub
atau pun Segagah Musa
apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang
punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban
bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan
kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Selasa, 8 Februari 2011

aktiviti GENG NAKAL SIS 1984

DALAM jam 630pm mama asampai kat hospital kemaman...masa sampai zu dah tunggu kat depan..kami sama2 naik ke tingkat 2( wad lelaki).

Nordin Mutaffa...mama rasa dia bukan class mate mama or school mate..tapi tak ape atas dasar sesama manusia dan islam..mama datang melawat.

Sedih tgk keadaan dia..takade sedara mara or adik beradik. Mayb belum sampai. Tapi mcm tak ade jew.

Mohan , zaid zu , mama, ida dan sapa ei sorang lag dah sedia di lobby. mama gan zu gi ziarah lu. tapi tiba di katil mus mama tak leh gerak. untul lindungi perasaan sedih..mam aketawa...tap sempat gak ambik gambar.
actualy camera wat mama tenang...masa sedih ke maraha ke....so layan lah ye