ermm syukur alhamdullilah allah memberi dugaan lag. allah akak terus menguji keimanan mama.
"sesungguh nya manusia ingat dia telah beriman kepada AKU, sebelum kamu AKU memeberi ujian?"
teringat akan ayat allah ini mama bersyukur sbb allah menguji keimanan mama dan keluarga
pada hari jumaat kemarin kami dapat tau keputusan ujian ke atas Qistina. Tina terpaksa jalani pemeriksaan lanjut sbb sejak dia batuk hari tuh masa cuti sekolah. Dia tak leh duduk dan susah nak bangun. sbb dia kata punggung dia sakit termasuk tulang belakang dia.
Biasalah kan dia org bila dgr doktor je takut...she refuse nak g. Tau lah dia dapat mama kalah singa....so kami g klinik badaruddin kertih. Doktor suruh dia refer ke specialist so kami pilih KMC.
Rupa-rupa nya hujung tulang belakang tina dah patah. Tuh sbb dia sakit. Kami agak its becouse masa mula-mula masuk hostel dia jatuh longkang. But she said tak sakit masa tuh hingga lah tiba cuti sekolah tuh. Tuh pun sbb batuk yg kuat sangat.
So ada 3 treatment yg tina harus lalui...
1. fisio
2. suntikan - ni akan di lakukan jika sakit yang tina alami tak hilang. Sbb pada masa ini tulang belakang tina dah bengkok akibat dari tina guna sebelah bahagian punggung untuk duduk.
3. Penbedahan - ni untuk kuarkan tulang yg patah tuh. Operation ni kira mejor operation. faham2 lah tulang belakang. Silap hari bulan leh lumpuh.
Ini pun akan di lakukan sekiranya kesakitan tuh berterusan.

YA ALLAH.... SESUNGGUH AKU REDHA AKAN KETENTUAN MU, SELAMAT KAN LAH ANAK KU,JAUHKAN DIA DARI SEGALA KESUKARAN...amin
SEMALAM tina dah jalani fisio pertama, kalau ikut tina dah kurang sakit dia. alhamdullilah