Followers

Isnin, 30 Ogos 2010

Ramadhan ke 22

salam semua...so many public holiday maaa..so mama also holiday from tulis blog ni..hihihi.

pada hari sabtu 28hb ..Masjid Tengku Mizan adakan ceramah dari penceramah terkenal Ustaz Azhar. So kami yg di kira warga masjid di mintak berotong royong dari 7am - 7pm. Mana taknya 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing di rebahkan hari tuh.
Biasalah kaum ibu di minta di dapur lah dan kaum bapa di medan daging (medan perang..ahaks)

Mama dikira warga baru...ahaks hanya menolong bab-bab kupas mengupas bawang. seronok je mama dapat peramah mesra gan rakan-rakan yang lain.

so sperti biasa mama akan keluarkan serombong mama untuk shoot. mama plan nak ambik aksi-aksi spontan dia org. but bil atiba bahagian lelaki. adalah seorg teman ni asyik ingat mama dari Harakah...asyik tanya u dari harakah kan?..sampai 2-3 kali tanya dan 2-3 kali gak mama jawab bukan...untuk koleksi sendiri je.
pertanyaan tuh dah buat mama gelabah..mana tidaknya karang dia ingat pic dia masuk harakah...pastu dia g beli tak ade..tak haru biru dibuatnya!



oh tidak 3x

Tapi mama tak join lah sebelah petang dan terawih sbb mama kene ambik tina kat kemaman. sedih gak sebeb mama memang ada hajat nak join. but wat to do>>:(